Saturday, December 8, 2007

Baris ! Baris!!!! Sedia!

Ini gambar ahli TKRS yang mengambil bahagian dalam perkhemahan unit unit berunifom Sek Keb Kidurong pada bulan September 2007. Hm..... macam macam perangai.......

Friday, August 3, 2007

Solat Hajat

Pada hari Rabu ( 15 / 8 / 07 ) akan diadakan solat hajat, yasin dan tahlil untuk murid tahun enam yang menduduki peperiksaan UPSR. Semoga segala usaha yang dilakukan mendapat keberkatan dari Allah. Ameen Ya Allah.

majlis izin ilmu

Pada hari Sabtu minggu hadapan ( 11 / 8 /07 ) akan diadakan majlis izin ilmu bagi murid yang menduduki peperiksaan UPSR 2007. Semua guru wajib hadir ke majlis izin ilmu tersebut.

Thursday, July 5, 2007

click !! click !!

Nasyid Team..... Guru Besar Team......

Kem Bestari Solat 3

KBS 3 untuk tahun dua akan dijalankan pada 14/07/07 (surat akan diedarkan)

Piagam Pelanggan SK. Kidurong, Bintulu.

Kami warga Sekolah Kebangsaan Kidurong Bintulu berjanji akan menumpukan sepenuh tenaga dan usaha kami bagi mewujudkan pengurusan yang berkualiti dengan memberi keutamaan kepada 4 kelompok pelanggan kami melakukan tindakan berikut.

2.3.1 Murid–murid sebagai pelanggan utama.

v Memastikan setiap orang murid mendapat kerusi dan meja pada hari pertama penggal pertama sekolah dibuka.

v Memastikan murid–murid yang layak menerima SPBT termasuk anak guru mendapat bekalan SPBT pada minggu pertama penggal pertama sekolah dibuka.

v Memastikan urusan pendaftaran murid dapat dilakukan dalam masa 30 minit bagi setiap orang murid yang didaftar.

v Menguruskan permohonan dan perpindahan keluar murid dalam masa 1 hari.

v Memastikan setiap orang murid yang layak mesti mendapat bantuan daripada kerajaan dalam tahun semasa seperti SBT dan KWAMP.

v Memastikan setiap orang murid mendapat manfaat yang secukupnya daripada kegiatan kokurikulum, program–program kebajikan sepanjang masa persekolahan mereka.

v Memastikan setiap orang murid mendapat pendidikan yang adil dan saksama daripada guru–guru yang cekap, berketrampilan dan penyayang setiap masa.

2.3.2 Guru–guru dan kakitangan

v Memastikan setiap orang guru dan kakitangan sekolah mendapat Buku Panduan Tugas kakitangan pada hari pertama persekolahan.

v Memastikan setiap orang guru atau kakitangan sekolah mendapat penerangan yang jelas tentang takwin sekolah pada minggu pertama persekolahan.

v Memastikan setiap orang guru mendapat Huraian Sukatan Pelajaran, buku persediaan mengajar dan bahan rujukan pada hari pertama sekolah bermula.

v Memastikan setiap orang guru mendapat salinan jadual waktu kelas, jadual waktu sendiri dan mengikutnya pada hari pertama sekolah dibuka.

v Memastikan hak dan kebajikan setiap orang guru dan kakitangan sentiasa terjaga dari masa ke semasa.

v Memastikan setiap orang guru dan kakitangan sekolah menikmati kemudahan yang sama sepanjang mereka berkhidmat di sekolah ini.

2.3.3. Ibubapa, masarakat setempat, komuniti

v Menerima kedatangan ibubapa dengan ceria pada hari pertama anak mereka melapor diri.

v Melayan ibubapa/masyarakat setempat/komuniti dengan ceria dan berbudi bahasa dalam masa sekurangnya 10 minit mereka memerlukan bantuan.

v Memastikan ibubapa/masyarakat setempat/komuniti dapat memupuk semangat setiakawan, kekitaan bekerjsama dengan guru–guru sepanjang masa.

v Memastikan setiap ibubapa hadir pada setiap masyurat PIBG dan setiap kali aktiviti yang melibatkan mereka.

2.3.4. PPG, JPNS/KPM (Stakeholders)

v 1.Melayan dengan mesra pegawai–pegawai dari PPG, JPNS/KPM yang datang melawat sekolah dalam jangka masa yang diperlukan oleh mereka.

v Melayan dengan mesra pegawai–pegawai dari jabatan–jabatan kerajaan atau swasta yang datang melawat atau melaksanakan program yang dikelolakan oleh pihak sekolah.

v .Memastikan surat menyurat atau arahan–arahan dari stakeholders diambil tindakan dengan segera dalam tempoh yang diperlukan.

v Sentiasa bersedia menerima segala teguran, pandangan, cadangan dan syor yang membina dari semua pihak terutamanya dari stakholders.

Objektif Sekolah Kebangsaan Kidurong, Bintulu.

  1. Memastikan setiap pelajar mendapat pendidikan secara menyeluruh;
  2. Mencapai kejayaan yang cemerlang dalam bidang akademik dan kokurikulum;
  3. Memastikan setiap murid beriman, berakhlak mulia, berbudi pekerti serta menurut ajaran agama masing-masing.;
  4. Memupuk suasana harmoni di semua peringkat yang melibatkan guru, ibu bapa, kakitangan dan pelajar
  5. Memastikan persekitaran pembelajaran, bersih, ceria dan selamat
  6. Memastikan disiplin sekolah terkawal

MATLAMAT SEKOLAH

Mewujudkan warga sekolah yang bertanggungjawab, berhemah mulia, berdisiplin, berinovasi dan bermotivasi tinggi.

VISI SEKOLAH

Sekolah Kebangsaan Kidurong akan menjadi sekolah cemerlang dan terunggul di Bahagian Bintulu menjelang 2010

MISI SEKOLAH

Sekolah Kebangsaan Kidurong Bintulu berusaha memberi pendidikan yang bermutu dan berkualiti kepada semua murid melalui kaedah bersepadu ke arah melahirkan warga negara yang cemerlang

Selamat Datang, Welcome, Ahlan wa Sahlan

Selamat datang ke blog SK Kidurong. Semoga blog ini dapat memberi maklumat kepada guru-guru, murid-murid, ibu bapa, dan kepada sesiapa sahaja yang inginkan maklumat terkini dari SK Kidurong.